[2010/03/11] "Menggenggam Sejuta Impian, MengEvolusikan Diri ke Arah Kecemerlangan" by Zid B Abd Rashid

membentuk nilai-nilai moral yang murni
bantulah dirimu dengan menimba ilmu
agar diri tidak tersesat di sepanjang waktu
bersama membangkitkan rasa tawaduk
ke dalam diri melalui pembentukan modal insaniah
agar dirimu tidak terleka dek kemaruk kemanisan dunia
bersegeralah kita mengorak langkah,
maju ke hadapan
AWAS! musuh senantiasa mengekori mu
bersiap-siagalah dirimu Kawan
dalam mengejar impian kerana,
javascript:; 'bukan setiap impian yang di citakan akan dapat'
namun setiap percubaan menjadi asas bagimu
dalam mencari ilmu dan keredhaan dariNya.
adap hidup, setiap yang pahit harus di telan
sebelum merasai kemanisannya
..aku sedih,duka-nestapa dan kepada siapa mahu aku berserah..?
kawan, cukuplah kepada Yang Maha Esa tempat kita mengadu
kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui & Pencipta segala makhluk
IMAN yang akan di rasai oleh sesiapa jua yang berjaya menghadapi liku-liku hidup ini.
aku jatuh dan jatuh terus tersungkur....
ingatlah perjuangan yang penuh getir terpaksa di tempuhi oleh oleh para sohabat & nabi terdahulu
dan para pejuang keAmanan, keMerdekaan dunia
di manakah letaknya SABAR kita jika di bandingkan dengan para pejuang tersebut?

Menggenggam Sejuta Impian
adalah bukan pepatah untuk berangan
namun ia adalah permulaan
dalam Mengevolusikan diri:
menghiasi & menjiwai cabang-cabang Ilmu
yang perlu di cari, di terokai dan BuKannya
sekadar membacanya sahaja.

Ilmu bukannya terGah
pada catatan CGPA di halaman transkrip Ijazah
tapi ILMU ITU TERSEMAT DI DADA..KAWAN!

(Copy from http://www.facebook.com/note.php?note_id=376626332753)
(Originally written by Zid B Abd Rashid in 8th March 2010 at 6.26 a.m.)

Return to Kirby510's Friends' Selection Essays

0 comments:

Post a Comment