[2010/03/01] "Hati" by Zid B Abd Rashid

...inilah qisah satu perihal akan dia
Wujudnya kerana sayang
Terpaut pada ranting sambil tangannya
Menggenggam erat agar tidak terlepas
Kalau terlucut,maka jatuhlah dia
Terlentang.
Bingkisan, serpihan boleh di kumpul’
Menjadi sepohon yang rendang mahu pun tanpa berdaun
Ingatkah akan dikau
Sebatang sungai yang di cemari
Kotoran hitam
Berterusan melalui aluran itu
Tanpa henti?
Bilakah akan dia berhenti
Meraung seorang diri
Kegentingan di lalui,pasrah dalam hati
Walau diri penuh dengan tusukan duri
SubhanaAllah, kata-kataku terhenti
hanya leraian doa mengiringi bersama.
Air-mata menemaninya sentiasa
Kerna terpaksa menanggung derita
Gerhana pada bukan terletaknya,
Pada mereka yang celik mata,
Kasihanilah jiwanya
Yang saban hari menghitung hari
Melepaskan diri .
..kepada mereka yang tabah, cekal..(20feb2010-0540h)

(Copy from http://www.facebook.com/note.php?note_id=342948717753)
(Originally written by Zid B Abd Rashid in 2oth February 2010 at 6.26 a.m.)

Return to Kirby510's Friends' Selection Essays

0 comments:

Post a Comment